Mohamad Sabu jalani rawatan rutin di IJN, keadaan stabil

6 Okt 2025, 10:48 AM
Mohamad Sabu jalani rawatan rutin di IJN, keadaan stabil

PUTRAJAYA, 6 OKT: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu kini menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dengan keadaan beliau adalah stabil.

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan pasukan perubatan menasihatkan Mohamad untuk berehat disebabkan terdapat simptom keletihan.

“Buat masa ini, menteri tidak dapat menerima tetamu bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya,” menurut kenyataan itu.

Pejabat menteri merakamkan penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan Mohamad.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619