RM8,000 menanti juara pertandingan cipta logo, maskot Sukan SEA 2027

5 Okt 2025, 8:19 AM
RM8,000 menanti juara pertandingan cipta logo, maskot Sukan SEA 2027
RM8,000 menanti juara pertandingan cipta logo, maskot Sukan SEA 2027
RM8,000 menanti juara pertandingan cipta logo, maskot Sukan SEA 2027

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Orang ramai berpeluang menyalurkan kreativiti masing-masing dalam Pertandingan Mencipta Logo dan Maskot Rasmi Sukan SEA 2027 sempena penganjuran temasya sukan dwitahunan itu dan Sukan Para Asean di Malaysia pada 2027.

Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dalam kenyataan memaklumkan pertandingan itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Menurut MASOC, penyertaan kini dibuka hingga 31 Disember ini dan permohonan boleh dibuat melalui pautan rasmi https://forms.gle/ZUgb3k3BKUZxaXvi8

Juara akan membawa pulang RM8,000 berserta sijil, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000 berserta sijil.

“Ayuh, cipta sejarah bersama!. Pertandingan ini adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Sukan SEA 2027,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MASOC Abdul Rashid Yaakub dalam kenyataan itu.

Sukan SEA 2027 bakal menyaksikan Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah selepas kali terakhir pada edisi 2017.

Sebagai rekod, maskot “Rimau” berinspirasikan Harimau Malaya menjadi pilihan pada edisi 2017 manakala logo berasaskan Wau Bulan mencerminkan keunikan budaya serta aspirasi negara menuju kecemerlangan sukan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619