AGENDA

Kerajaan setuju anjur Sukan SEA 2027 bersama Sarawak

24 Ogos 2024, 2:53 PM
Kerajaan setuju anjur Sukan SEA 2027 bersama Sarawak

KUCHING, 24 OGOS: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 secara bersama Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya kemudahan prasarana dimiliki Sarawak dan prestasi atlet bertanding di Sukma Malaysia (SUKMA) 2024, negeri itu bersedia untuk menganjur kejohanan bertaraf antarabangsa.

“Pada SUKMA kali ini, sebanyak tujuh rekod kebangsaan dipecahkan, 21 rekod temasya dileburkan. Semangat luar biasa dari para atlet. Sarawak mempunyai keupayaan, prasarana dan pasukan yang baik.

“Oleh itu dengan keupayaan Sarawak menganjur di antara sukan yang kita adakan, saya mewakili kerajaan Malaysia bersetuju untuk Sarawak bersama kerajaan Malaysia menganjur Sukan SEA 2027,” katanya ketika berucap pada majlis penutup di Stadium Perpaduan malam ini.

Anwar turut menggesa seluruh persatuan sukan dan para atlet meningkatkan prestasi sebagai persiapan menghadapi kejohanan dwitahunan itu.

“Saya ingin menggesa kerana kita telah bersetuju untuk menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa dengan kerjasama kerajaan Sarawak di Kuching ini, maka persiapan harus dimulakan dari sekarang.

“Persiapan harus dimulakan dengan persatuan-persatuan dan lebih-lebih lagi atlet yang terlibat harus berlatih dari sekarang kerana sekurang-kurangnua kalau tidak menjadi juara tetapi mempamer prestasi yang baik dalam Sukan SEA tahun 2027,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619