SNCC: 23 aktivis Malaysia ditahan di Penjara Ketziot, sedia dibawa pulang

4 Okt 2025, 4:00 AM
SNCC: 23 aktivis Malaysia ditahan di Penjara Ketziot, sedia dibawa pulang
SNCC: 23 aktivis Malaysia ditahan di Penjara Ketziot, sedia dibawa pulang

SEPANG, 4 OKT: Seramai 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan di Penjara Ketziot, Israel dan diminta untuk menandatangani borang pengusiran (Request for Immediate Departure).

Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Flotilla (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim memaklumkan SNCC dan kerajaan Malaysia bersiap sedia untuk melaksanakan operasi membawa pulang kesemua delegasi Malaysia ke tanah air.

"Kami sekarang dalam keadaan siap sedia untuk melaksanakan operasi membawa pulang 23 delegasi Malaysia seperti dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perdana Menteri memaklumkan sentiasa berhubung dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Wisma Putra juga akan memastikan usaha pembebasan ini digerakkan secara maksimum," katanya dalam sidang di SNCC hari ini.

Dalam sidang media tersebut, beliau mengharapkan seluruh rakyat Malaysia meneruskan momentum sokongan dengan melakukan solat hajat serta qunut nazilah.

Tambahnya, sokongan terhadap misi kemanusiaan yang dilakukan secara kolektif itu telah membangkitkan kesedaran di pentas antarabangsa.

"Misi yang dijalankan ini juga diharap dapat menamatkan krisis kebuluran yang dihadapi masyarakat Palestin sejak sekian lama," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619