Campak telefon bimbit ke laut elak maklumat peribadi terdedah

2 Okt 2025, 9:27 AM
Campak telefon bimbit ke laut elak maklumat peribadi terdedah
Campak telefon bimbit ke laut elak maklumat peribadi terdedah
Campak telefon bimbit ke laut elak maklumat peribadi terdedah
Campak telefon bimbit ke laut elak maklumat peribadi terdedah

SEPANG, 2 OKT: Aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilatih untuk tidak bertindak ganas apabila berdepan situasi genting ketika dipintas tentera Israel.

Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata ketika dipintas, peserta juga akan berkumpul di atas geladak kapal dan mengangkat tangan bagi memberi isyarat mereka tidak bersenjata ketika dihampiri tentera Israel.

"Ini memang prosedur operasi standard yang telah dilatih semasa mereka berada di darat Itali, di Barcelona, Tunisia dan Greece untuk menjalani latihan dan bengkel antikeganasan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sani Araby turut mengesahkan bahawa aktivis juga dilatih untuk mencampakkan telefon bimbit mereka ke dalam laut bagi mengelakkan maklumat peribadi mereka tededah.

"Kapten di atas kapal akan memutuskan masa untuk mereka campakkan telefon bimbit mereka (ke dalam laut).

"Ini supaya pihak rejim Zionis tidak ambil telefon mereka. Tidak ada apa yang sulit (tentang GSF) tetapi kita tidak mahu pihak saya sebutkan tadi memintas dan melihat hal-hal peribadi, jadi kita putuskan untuk campakkan terus telefon," katanya.

Beliau berkata peserta termasuk rakyat Malaysia, turut diminta merakamkan video SOS (isyarat kecemasan antarabangsa) yang mengatakan mereka tidak mengizinkan diri mereka ditahan dan diculik jika dipintas tentera Israel.

"Video itu menjadi rakaman bukti akhir untuk kita failkan apa-apa bentuk tindakan perundangan sekiranya dirasakan perlu oleh pihak perundangan," katanya.

Setakat 10.44 pagi (waktu Malaysia) hari ini, sejumlah 14 daripada 44 kapal flotila telah dipintas dan 201 daripada 497 orang peserta, termasuk 12 rakyat Malaysia disahkan ditahan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619