LTdL 2025: Muhammad Izzat Hilmi muncul pelumba terbaik Asean peringkat keenam

3 Okt 2025, 2:31 PM
LTdL 2025: Muhammad Izzat Hilmi muncul pelumba terbaik Asean peringkat keenam

PORT DICKSON, 3 OKT: Pelumba pasukan Malaysia Pro Cycling Muhammad Izzat Hilmi Abdul Halil berjaya meraih gelaran pelumba terbaik Asean pada saingan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 meskipun tidak berada dalam kondisi terbaik.

Pelumba kelahiran Batu Pahat Johor itu berkata beliau merakamkan penghargaan kepada rakan sepasukan yang membantunya sehingga berjaya meraih kedudukan terbaik bagi perlumbaan hari ini.

“Walaupun kurang sihat, saya tetap cuba yang terbaik. Sasaran saya hari ini lima terbaik dan syukur Alhamdulillah, dapat nombor empat.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu dari awal hingga akhir perlumbaan,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.

Ini merupakan gelaran kedua buat Muhammad Izzat Hilmi sebagai pelumba terbaik Asean bagi saingan peringkat selepas turut melakukannya pada peringkat keempat (Kuala Terengganu-Kemaman) pada Rabu.

Dalam pada itu, Muhammad Izzat Hilmi berharap momentum yang dimilikinya itu dapat diteruskan untuk baki dua peringkat perlumbaan.

“Masih ada dua peringkat lagi. Kalau perlumbaan berakhir dengan pecutan beramai-ramai, saya akan cuba ambil posisi terbaik untuk naik podium,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619