Wartawan sukan diserang di Bangsar, Fahmi minta siasatan segera

25 Nov 2025, 3:40 PM
Wartawan sukan diserang di Bangsar, Fahmi minta siasatan segera

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berharap siasatan berhubung kejadian pukul melibatkan wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Haresh Deol di Bangsar hari ini, dapat dijalankan segera.

Fahmi berkata keselamatan pengamal media, khususnya ketika mereka menjalankan tugas tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.

"Saya dimaklumkan tentang insiden ini ketika menghadiri program di Kota Kinabalu, saya telah menghubungi saudara Haresh untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku petang tadi.

"Haresh memaklumkan bahawa beliau baru selesai membuat laporan polis dan sedang menyelesaikan urusan laporan perubatan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Haresh, yang merupakan pengasas bersama portal berita TwentyTwo13 menerusi hantaran di laman X memaklumkan diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi individu merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian itu yang berlaku di Jalan Maarof berhampiran parkir sebuah pusat beli-belah, ketika Haresh sedang berjalan di kaki lima menuju ke Jalan Telawi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619