KKM nafi vaksin, paracetamol punca autisme

25 Sep 2025, 3:01 PM
KKM nafi vaksin, paracetamol punca autisme

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) menepis dakwaan bahawa pemberian vaksin kanak-kanak dan penggunaan paracetamol semasa hamil menjadi punca autisme.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah berulang kali menegaskan tiada bukti saintifik yang mengaitkan vaksin dengan autisme, malah vaksin terbukti menyelamatkan sekurang-kurangnya 154 juta nyawa dalam tempoh 50 tahun lalu.

Menurutnya vaksin kini melindungi masyarakat daripada lebih 50 jenis penyakit berjangkit.

“Autisme merupakan spektrum penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal, melibatkan hampir 62 juta orang di seluruh dunia.

“Punca sebenar autisme masih belum difahami sepenuhnya, namun ia dipercayai berpunca daripada faktor biologi, genetik dan persekitaran, bukan vaksin,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas penggunaan paracetamol ketika hamil, beliau berkata WHO turut mengesahkan ubat itu selamat digunakan mengikut dos dan nasihat doktor.

“Paracetamol sudah lama digunakan secara meluas termasuk wanita hamil. Berdasarkan garis panduan klinikal terkini, ia kekal antara pilihan paling selamat jika diambil pada dos terendah yang berkesan serta untuk tempoh sesingkat mungkin,” katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan folinic acid (leucovorin) mampu merawat autisme, Dr Mahathar menegaskan bukti saintifik masih terhad kepada kajian kecil dan belum boleh dianggap sebagai rawatan standard.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tanpa asas saintifik kukuh, selain menegaskan komitmen KKM memastikan semua ubat dan vaksin selamat serta berkesan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619