Lima cedera kemalangan empat kereta, dua bas persiaran

15 Sep 2025, 12:47 AM
Lima cedera kemalangan empat kereta, dua bas persiaran

SHAH ALAM, 15 SEPT: Lima cedera dalam kemalangan melibatkan empat kereta dan dua bas persiaran di Jalan Hang Tuah Off, Jalam Imbi, Kuala Lumpur malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 10.49 malam.

Komander Operasi Che Mohd Solehuddin Che Jusoh berkata jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan bantuan BBP Pudu digerakkan dengan kekuatan seramai 13 anggota, serta jentera Fire Rescue Tender (FRT), katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 10.57 malam, didapati kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan iaitu Toyota Vios, Nissan Almera, Hyundai Staria dan Honda City, serta dua bas persiaran.

"Kemalangan turut membabitkan lima mangsa, terdiri daripada dua lelaki, dua kanak-kanak dan seorang wanita.

"Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619