Lapor paip bocor dapat baucar RM5, galak pengguna cegah pembaziran

13 Sep 2025, 9:18 AM
Lapor paip bocor dapat baucar RM5, galak pengguna cegah pembaziran
Lapor paip bocor dapat baucar RM5, galak pengguna cegah pembaziran
Lapor paip bocor dapat baucar RM5, galak pengguna cegah pembaziran

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Pengguna Air Selangor berpeluang mendapat baucar e-dompet Touch ’n Go secara percuma sekiranya membuat laporan kebocoran paip air sehingga 31 Disember 2025.

Ketua Bahagian Pengurusan Jenama Jabatan Komunikasi Korporat Air Selangor, Muhamad Asyraf Ahmad Suhaibi berkata, laporan hanya boleh dibuat menggunakan aplikasi Air Selangor 2.0.

“Setiap satu laporan akan terima baucar RM5, dan boleh ditebus di aplikasi e-dompet Touch ’n Go. Kempen laporan ini adalah inisiatif Air Selangor untuk mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW) dan pembaziran.

Ketua Bahagian Pengurusan Jenama Jabatan Komunikasi Korporat Air Selangor, Muhamad Asyraf Ahmad Suhaibi. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Selain paip bocor, pengguna boleh buat laporan berkaitan paip pecah atau berlaku penyambungan air secara haram,” katanya kepada Media Selangor di sini, hari ini.

Beliau ditemui ketika acara Keretapi Sarong 2025 dan agensi pengurusan air negeri itu antara salah satu pempamer yang menawarkan 62 jenis air balang secara percuma kepada peserta.

Pada Februari tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali memaklumkan Air Selangor turut berusaha mengurangkan kadar NRW kepada 25 peratus menjelang 2030.

Sepanjang 2024, kadar NRW 27.00 peratus berjaya dicapai bersamaan dengan penjimatan air 298.36 juta liter sehari (JLH) sekali gus mengoptimumkan kos operasi dan memastikan kecekapan sumber.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619