Negeri peruntuk RM5 juta senggara 500km longkang tidak bertuan, jadi punca banjir

4 Sep 2025, 8:54 AM
Negeri peruntuk RM5 juta senggara 500km longkang tidak bertuan, jadi punca banjir
Negeri peruntuk RM5 juta senggara 500km longkang tidak bertuan, jadi punca banjir

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kira-kira 500 kilometer (km) longkang tidak bertuan dikesan dan menjadi faktor berlaku banjir di Selangor.

EXCO infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata susulan itu negeri membelanjakan RM5 juta bagi menyelenggara setiap longkang tersebut.

“Apabila longkang tiada tuan, fasiliti ini tidak dapat diselenggara dan maklum balas mendapati ia melibatkan banyak jabatan. Apabila tidak diselenggara, bukan sahaja daun pokok juga ada dalam longkang.

“Berikutan itu, bermula tahun ini kita agihkan kalau laluan ke parit atau sungai diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran manakala jika longkang monsun kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya hari ini.

Ditemui pada bengkel semakan semula pelan pengurusan bersepadu lembangan, Izham memaklumkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) akan melaksana inventori empat lagi infrastruktur.

“Jalan, cerun, kolam takungan dan jambatan kita sudah mula laksana inventori supaya kerja penyelenggaraan dapat dilaksana. Tidak semuanya milik peribadi tetapi sebarang aktiviti selenggara perlu ada kebenaran elak isu berbangkit.

“Kita jangka inventori ini selesai dalam tempoh enam bulan, ia tidak rumit seperti agihan longkang tidak bertuan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619