50 cawangan Mydin dibuka hingga 1 pagi, bantu pelanggan tebus SARA RM100

3 Sep 2025, 2:00 PM
50 cawangan Mydin dibuka hingga 1 pagi, bantu pelanggan tebus SARA RM100
50 cawangan Mydin dibuka hingga 1 pagi, bantu pelanggan tebus SARA RM100
50 cawangan Mydin dibuka hingga 1 pagi, bantu pelanggan tebus SARA RM100
50 cawangan Mydin dibuka hingga 1 pagi, bantu pelanggan tebus SARA RM100

SHAH ALAM, 3 SEPT: Pelanggan kini mempunyai lebih masa untuk memanfaatkan Bantuan SARA RM100 yang dikreditkan kerajaan apabila Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) melanjutkan waktu operasi 50 cawangan terpilih dari Jumaat hingga Ahad ini.

Pengarah Urusan MYDIN Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan pelanggan mempunyai ruang lebih selesa untuk menguruskan perbelanjaan harian.

"Kami memahami ramai pelanggan ingin memanfaatkan Bantuan SARA RM100 dan bantuan lain yang telah dikreditkan kerajaan.

"Dengan tambahan waktu operasi ini, mereka boleh merancang perbelanjaan dengan lebih baik serta mengelakkan kesesakan di pasar raya,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, cawangan terlibat akan beroperasi bermula 7.00 pagi hingga 1.00 pagi bagi membolehkan orang ramai membeli-belah secara teratur tanpa perlu tergesa-gesa.

Ujarnya, MYDIN kekal komited menyokong usaha kerajaan meringankan kos sara hidup rakyat dengan memastikan bekalan barangan asas mencukupi.

Bantuan SARA RM100 secara sekali beri atau 'one-off' mula disalurkan mulai 31 Ogos kepada warganegara berusia 18 tahun ke atas, bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai itu disalurkan terus melalui MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk terpilih.

Menurut MOF, kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah hingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara termasuk pasar raya seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, 99 Speedmart serta kedai runcit di semua daerah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619