95 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Gaza semalam

3 Sep 2025, 11:02 AM
95 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Gaza semalam
95 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Gaza semalam
95 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Gaza semalam
95 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Gaza semalam

GAZA, 3 SEPT: Sekurang-kurangnya 95 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak awal pagi semalam, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.

Sumber itu memaklumkan mayat kesemua mangsa dibawa ke hospital di Gaza sejak awal pagi.

Daripada jumlah itu, 35 mayat dihantar ke Hospital Al-Shifa, empat ke klinik Sheikh Radwan, 10 ke Hospital Al-Awda, tiga ke Hospital Al-Aqsa, 31 ke Hospital Nasser dan 12 lagi ke Hospital Arab Al-Ahli.

Israel secara sepihak menamatkan perjanjian gencatan senjata Gaza pada 18 Mac lalu dan menyambung semula pencerobohannya dengan melancarkan siri serangan udara yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11,502 orang serta mencederakan 48,900 yang lain, menurut sumber perubatan.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, 95 mayat dan sekurang-kurangnya 281 mangsa cedera dibawa ke hospital di Gaza.

Dalam tempoh sama, Israel membunuh 12 orang yang sedang mendapatkan bantuan dan mencederakan 90 yang lain, menjadikan jumlah korban dalam kalangan pencari bantuan meningkat kepada 2,306 orang manakala lebih 16,929 lagi cedera.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619