Lebih 7,000 keluarga B40 terima manfaat program CSR Air Selangor

2 Sep 2025, 5:41 AM
Lebih 7,000 keluarga B40 terima manfaat program CSR Air Selangor

SHAH ALAM, 2 SEPT: Sejumlah 7,305 keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima manfaat inisiatif Box of Hope Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sejak 2020.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu, bantuan makanan dan keperluan asas diagih kepada komuniti B40 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Menerusi program CSR iaitu Sesama Mara, Air Selangor mempunyai empat program termasuk Box of Hope. Untuk tahun lepas sahaja, sebanyak 1,800 kotak barangan keperluan asas kepada keluarga di 12 lokasi.

“Secara keseluruhan, setakat Jun lalu, seramai 7,305 keluarga B40 mendapat manfaat dalam program Box of Hope sejak dilancarkan pada 2020,” kata Adam Saffian Ghazali kepada Media Selangor.

Mengulas tiga lagi program, beliau berkata bagi pemerkasaan pendidikan pelajar B40, pihaknya bekerjasama dengan Pandai Education Sdn Bhd dalam menyediakan sumber pendidikan digital bagi membantu pelajar menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, setakat ini, 415 pelajar kurang berkemampuan mendapat peluang pendidikan melalui akses ke aplikasi Pandai Premium yang merangkumi set soalan latihan, ujian, dan kaunseling pembelajaran dalam talian sejak dilancar dua tahun lalu.

“Selain itu, Air Selangor mengiktiraf kepelbagaian perayaan dan bagi tujuan tersebut sejumlah 2,438 penerima di 19 rumah kebajikan atau kawasan B40 disantuni bagi setiap perayaan di Malaysia termasuk ulang tahun agensi.

“Bagi program sukarelawan hydro heroes, kakitang Air Selangor telah menyumbang lebih 720 jam dalam 17 program kemasyarakatan merangkumi pelbagai aktiviti sepanjang tahun lalu,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619