Belanjawan 2026: Wujudkan kerangka antibuli, pendidikan digital dan TVET

29 Ogos 2025, 3:12 AM
Belanjawan 2026: Wujudkan kerangka antibuli, pendidikan digital dan TVET

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Mewujudkan kerangka antibuli di institusi pendidikan dan memacu pendidikan digital serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) antara tumpuan utama Kementerian Pendidikan (KPM) dalam Belanjawan 2026.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata fokus juga diberikan kepada usaha memperkasa prasekolah serta mengangkat potensi murid berkeperluan pendidikan khas.

Beliau berkata perkara itu dicapai hasil daripada sesi dialog dan konsultasi yang dilaksanakan bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan.

"Dalam konteks pendidikan, belanjawan kali ini penting sekali kerana ia berkait rapat dengan pelaksanaan beberapa agenda penting yang sedang dilaksanakan KPM (Kementerian Pendidikan) seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Kurikulum Baharu Persekolahan 2027," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina turut berkongsi mengenai sesi perbincangan beliau bersama Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan baru-baru ini yang disifatkan sebagai peluang untuk membincangkan secara tuntas inisiatif belanjawan dalam ruang lingkup pendidikan.

"Belanjawan 2026 yang merupakan siri keempat dalam Belanjawan MADANI meletakkan fokus kepada usaha memulih daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat. Ini dilakukan bersandar kepada Kerangka Ekonomi MADANI.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Senator Menteri Kewangan II dan pasukan beliau atas pertimbangan yang diberi. Kita nantikan Belanjawan 2026," katanya.

Menurut takwim Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijadual akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada 4 petang di Dewan Rakyat, 10 Okt ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619