MPKL anjur kempen keselamatan jalan raya, pupuk kesedaran kanak-kanak

24 Ogos 2025, 8:57 AM
MPKL anjur kempen keselamatan jalan raya, pupuk kesedaran kanak-kanak
MPKL anjur kempen keselamatan jalan raya, pupuk kesedaran kanak-kanak

SHAH ALAM, 24 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menganjurkan Kempen Keselamatan Lalu Lintas 2025 di Excellence Automotive Driving Sdn Bhd, Kampung Seri Cheeding, Banting.

MPKL menerusi Facebook memaklumkan kempen bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dan remaja mengenai aspek keselamatan jalan raya sebelum mereka mencapai usia 18 tahun dan layak memiliki lesen memandu.

“MPKL mengambil inisiatif ini bagi memberi peluang kepada masyarakat khususnya pelajar untuk memahami kepentingan etika dan disiplin di jalan raya, sekali gus membina masyarakat yang lebih berhemah dan sejahtera.

“Antara pengisian utama kempen ini adalah ceramah bertajuk “Kesedaran Keselamatan Jalan Raya” yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Prof Madya Dr Kulanthayan KC Maniam,” katanya.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Setiausaha MPKL Zulkefli Mohamed Arif dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Langat, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Langat, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

Pada majlis sama, turut diadakan ujian bertulis melibatkan pelajar sekolah menengah berusia antara 16 hingga 18 tahun.

“Turut diadakan pertandingan bertemakan keselamatan jalan raya dan mewarna kepada murid sekolah rendah tahap satu dan dua,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619