ad

Fasa kedua SJAM bermula, tumpu kelestarian air, pengurusan banjir

22 Ogos 2025, 8:48 AM
Fasa kedua SJAM bermula, tumpu kelestarian air, pengurusan banjir
Fasa kedua SJAM bermula, tumpu kelestarian air, pengurusan banjir
Fasa kedua SJAM bermula, tumpu kelestarian air, pengurusan banjir
Fasa kedua SJAM bermula, tumpu kelestarian air, pengurusan banjir
Fasa kedua SJAM bermula, tumpu kelestarian air, pengurusan banjir

SHAH ALAM, 22 OGOS: Kerajaan Negeri memulakan fasa kedua Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) selepas selesai melantik perunding Pelan Induk Air Selangor, kata pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Menurut Dato’ Johary Anuar, antara pelaksanaan pelan itu adalah mengubah air sisa dari perbandaran atau industri menjadi air yang boleh digunakan semula.

“Hasratnya supaya air yang diproses itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sekali gus kelestarian air di Selangor semakin berdaya tahan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato' Johary Anuar berucap ketika sesi bengkel strategik bilangan 2 Rancangan Selangor Kedua (RS-2) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam pada 14 April 2025. Foto REMY ARIFIN/ MEDIA SELANGOR

“Selain itu hala tuju lain adalah memastikan pengurusan air yang mampan meliputi pengurusan banjir. Kalau air kurang kita hadapi masalah bekalan, namun jika lebih pula, berlaku banjir dan pelan induk ini akan ambil kira kedua-dua aspek secara menyeluruh,” katanya.

Pada 13 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Kerajaan Negeri sedang merangka pelan induk bagi menangani isu berkaitan bekalan air jangka panjang, pencemaran serta penyelesaian masalah banjir di kawasan tertentu.

Pelan induk yang bakal dijadikan garis panduan dalam mengurus sumber air merangkumi aspek penyimpanan, lokasi kolam tadahan dan sistem kawalan banjir jangka panjang itu, dijangka siap dalam tempoh setahun lagi.

Sehingga kini, lebih 100 kolam dikenal pasti di seluruh negeri dan dalam proses digazetkan sebagai kawasan simpanan strategik.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.