Karnival kerjaya tumpu golongan rentan, tawar lebih 4,000 peluang kerja

22 Ogos 2025, 8:14 AM
Karnival kerjaya tumpu golongan rentan, tawar lebih 4,000 peluang kerja
Karnival kerjaya tumpu golongan rentan, tawar lebih 4,000 peluang kerja
Karnival kerjaya tumpu golongan rentan, tawar lebih 4,000 peluang kerja
Karnival kerjaya tumpu golongan rentan, tawar lebih 4,000 peluang kerja
Karnival kerjaya tumpu golongan rentan, tawar lebih 4,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 22 OGOS: Lebih 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Jobcare Istimewa Selangor 2025 yang memberi tumpuan kepada golongan rentan pada 6 Oktober ini.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13 dari 9 pagi hingga 4 petang, pelbagai kategori kumpulan rentan diberi fokus termasuk Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, golongan miskin atau asnaf dan bekas banduan.

Selain itu, warga emas, wanita dan suri rumah yang ingin kembali bekerja, individu kehilangan pekerjaan serta golongan gelandangan turut berpeluang merebut tawaran pekerjaan sempena karnival itu.

“Inisiatif ini adalah manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang adil, menyeluruh dan inklusif buat semua lapisan masyarakat. Ia dijayakan dengan kerjasama MYFutureJobs.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu bercakap kepada media selepas Karnival Jelajah Jobcare Daerah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, Banting pada 21 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Saya percaya setiap insan wajar diberikan peluang kedua, malah ketiga jika perlu. Melalui sokongan yang tepat, mereka bukan sahaja mampu berdikari, malah menyumbang kembali kepada masyarakat,” katanya kepada Media Selangor.

Menurutnya, seramai 185 daripada 428 pencari kerja yang hadir pada Jobcare Istimewa tahun lalu, berjaya mendapat pekerjaan.

“Saya mengajak semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta atau pertubuhan masyarakat untuk bersama-sama menyokong usaha ini.

“Marilah kita bina sebuah negeri yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi, tetapi juga kaya dengan nilai kasih sayang dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619