PM minta siasatan menyeluruh insiden pesawat TUDM, turut doakan kesembuhan anggota

22 Ogos 2025, 2:11 AM
PM minta siasatan menyeluruh insiden pesawat TUDM, turut doakan kesembuhan anggota

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan melibatkan pesawat tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), malam tadi.

Menerusi hantaran di laman X hari ini, Perdana Menteri juga meminta pihak berkuasa memastikan langkah keselamatan yang sewajarnya diambil.

Anwar turut menyatakan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM yang terlibat dalam insiden itu.

“Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan,” katanya.

Dua anggota TUDM yang terbabit dalam insiden di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) pada 9.05 malam tadi dilaporkan selamat dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619