Mahkamah: Tukang masak dituduh bunuh seorang lelaki di Senawang

19 Ogos 2025, 5:10 AM
Mahkamah: Tukang masak dituduh bunuh seorang lelaki di Senawang

SEREMBAN, 19 OGOS: Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Sri Pagi, Senawang.

Zulazren Zakariah, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia mencapai niat dengan menikam dada sehingga menyebabkan kematian Muhammad Amirul Rashid Mohd Niza, 28, kira-kira 6.50 petang di sebuah rumah di Taman Sri Pagi, Senawang, di sini pada 11 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati akan dikenakan tidak kurang 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi tidak menawarkan jaminan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, dalam mahkamah sama, seorang lelaki Mohd Khairol Mohd Abu, 40, yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) K. Kogilawani, dihukum penjara dua tahun selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya kira-kira 1 petang di sebuah rumah di Lenggeng, 6 Jun lepas.

-- BERNAMA

TAG: Mahkamah Majistret, bunuh, lelaki, tikam, Seremban

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619