Agong: Budaya buli perlu dibendung sejak sekolah rendah

18 Ogos 2025, 7:01 AM
Agong: Budaya buli perlu dibendung sejak sekolah rendah
Agong: Budaya buli perlu dibendung sejak sekolah rendah
Agong: Budaya buli perlu dibendung sejak sekolah rendah

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan agar kerajaan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Seri Paduka Baginda bertitah, budaya buli sekiranya tidak dibendung sejak dari sekolah rendah berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.

Sultan Ibrahim bertitah, buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh mengakibatkan pelbagai tragedi.

“Anak-anak perlu diberi penerangan sejak usia kecil mengenai perkara ini, dan melalui kempen berkenaan mereka dapat dibimbing memahami erti saling menghormati serta berdisiplin,” titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah penggubalan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 turut membuktikan komitmen kerajaan dalam membanteras isu tersebut secara tegas.

Seri Paduka Baginda bertitah usaha membendung budaya buli juga memerlukan pendekatan merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan jenayah itu ditangani secara menyeluruh.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Istana Negara.

Pada sesi itu, Fahmi mempersembahkan komitmen kementerian dalam menangani isu buli serta tindakan yang sedang dilaksanakan bagi membanteras gejala berkenaan.

Fahmi turut mempersembahkan taklimat mengenai pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2025 kepada Seri Paduka Baginda.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619