Sejuta wanita, gadis Gaza berdepan kebuluran, penderaan

17 Ogos 2025, 3:04 AM
Sejuta wanita, gadis Gaza berdepan kebuluran, penderaan

GAZA CITY/ISTANBUL, 17 OGOS: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu memberi amaran sekurang-kurangnya sejuta wanita dan gadis di Semenanjung Gaza berdepan kebuluran akibat sekatan berbulan-bulan serta perang yang memusnahkan wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Wanita dan gadis di Gaza berdepan kebuluran, keganasan dan penderaan.

“Mereka terpaksa menggunakan strategi bertahan hidup yang semakin berbahaya, termasuk keluar mencari makanan dan air dengan risiko tinggi ditembak mati," menurut UNRWA dalam satu hantaran di platform media sosial X.

Agensi itu mendesak sekatan ke atas Gaza ditamatkan dan penghantaran bantuan kemanusiaan berskala besar dibenarkan segera.

Gaza kini berdepan krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarahnya, dengan kebuluran memburukkan lagi konflik yang sedang berlaku.

Sejak 2 Mac, Israel menutup semua lintasan ke wilayah itu, menyekat bantuan kemanusiaan dan mengakibatkan Gaza di ambang kebuluran meskipun ribuan trak bantuan menunggu di sempadan.

Hanya sedikit bekalan dibenarkan masuk, jauh daripada mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang kebuluran.

Awal bulan ini, Program Makanan Sedunia PBB (WFP) turut memberi amaran bahawa satu pertiga daripada 2.4 juta penduduk Gaza telah berhari-hari kebuluran tanpa makanan.

Israel membunuh hampir 61,900 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619