Masyarakat, premis diminta kibar Jalur Gemilang ikut garis panduan

17 Ogos 2025, 2:50 AM
Masyarakat, premis diminta kibar Jalur Gemilang ikut garis panduan

PUTRAJAYA, 17 OGOS: Orang ramai dan premis perniagaan di Wilayah Persekutuan diingatkan sentiasa menghormati Jalur Gemilang sebagai simbol maruah dan identiti negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata bendera Malaysia adalah lambang yang perlu diberikan keutamaan serta mampu menanamkan nilai kesedaran cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat.

Justeru, beliau menasihatkan premis perniagaan dan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menaikkan bendera dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

"Apa yang telah berlaku beberapa minggu ini maka sebagai satu peringatan untuk kita berhati-hati ketika kita menaikkan bendera Malaysia, mengikut apa yang telah disarankan demi menjaga kehormatan negara dan lambang kepada kegemilangan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program MADANI Brisk Walk 2.0 @ Taman Saujana Hijau, anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Putrajaya, di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata program riadah itu sejajar dengan visi Wilayah Persekutuan sebagai Bandar CHASE iaitu Clean (bersih), Healthy (sihat), Advanced (maju), Safe (selamat) dan Eco Friendly (mesra alam).

Dalam kesempatan itu, beliau turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengunjung dan penduduk sekitar Putrajaya sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut 31 Ogos dan 16 September ini.

Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini adalah "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni".

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619