Sorotan Silam - 16 Ogos

16 Ogos 2025, 10:43 AM
Sorotan Silam - 16 Ogos
Sorotan Silam - 16 Ogos
Sorotan Silam - 16 Ogos
Sorotan Silam - 16 Ogos
Sorotan Silam - 16 Ogos

Hari ini, 16 Ogos dalam tahun 1972, Sistem Ejaan Baharu Rumi Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Pelancaran penggunaan sistem ejaan baharu itu hasil persetujuan antara Malaysia dan Indonesia, untuk menyediakan satu sistem ejaan dengan menggunakan bahasa yang sama serta memberi faedah terhadap kedua-kedua negara.

Sebelum ini, sistem ejaan telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J. Wilkinson, sebelum diperbaiki oleh Pendita Zaaba dan dikenali dengan nama Sistem Ejaan Sekolah diikuti Sistem Ejaan Kongress hasil dari Kongress Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.

Pada Jun 1972, satu rombongan Malaysia diketuai Sujak Rahiman berkunjung ke Indonesia untuk mengadakan rundingan dengan Pendita Ejaan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Ibu Mulyadi.

Kunjungan itu menyaksikan Sistem Ejaan Baharu Rumi bagi Bahasa Malaysia-Indonesia dipersetujui untuk diguna pakai oleh kedua-dua buah Negara.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619