Empat individu terperangkap kebakaran rumah kedai diselamatkan bomba

16 Ogos 2025, 2:38 AM
Empat individu terperangkap kebakaran rumah kedai diselamatkan bomba

SHAH ALAM, 16 OGOS: Empat individu termasuk warga emas berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Taman Sentosa, Klang, pagi tadi, sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kebakaran di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu menyebabkan mangsa, berusia 17 hingga 81 tahun, terperangkap akibat asap tebal yang menutupi laluan tangga.

“Kebakaran berkeluasan 20 x 30 kaki persegi di tingkat satu memusnahkan 50 peratus ruang berkenaan. Kesemua mangsa, seorang lelaki, dua wanita dan seorang remaja perempuan berada di tingkat tiga dan berjaya dibawa turun dengan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 6.16 pagi membabitkan 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, BBP Klang Selatan dan BBP Klang Utara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619