MB: SUKMA Selangor 2026 tampilkan pembaharuan, acara pembukaan di litar Sepang

16 Ogos 2025, 12:14 AM
MB: SUKMA Selangor 2026 tampilkan pembaharuan, acara pembukaan di litar Sepang
MB: SUKMA Selangor 2026 tampilkan pembaharuan, acara pembukaan di litar Sepang
MB: SUKMA Selangor 2026 tampilkan pembaharuan, acara pembukaan di litar Sepang
MB: SUKMA Selangor 2026 tampilkan pembaharuan, acara pembukaan di litar Sepang
MB: SUKMA Selangor 2026 tampilkan pembaharuan, acara pembukaan di litar Sepang

SHAH ALAM, 16 OGOS: Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 mengetengahkan pelbagai pembaharuan dalam acara sukan berbanding penganjuran sebelum ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata antara kelainan utama yang diketengahkan adalah pembukaan temasya sukan kali ke-22 itu dianjurkan di luar berbanding stadium.

"Setahun lagi kita akan berjumpa dalam SUKMA Selangor dengan penganjurannya menampilkan pelbagai pembaharuan...bukan hanya naluri biasa dalam acara sukan.

"Contohnya, acara pembukaan sukan di luar stadium yang diadakan di Litar Antarabangsa Petronas Sepang kerana kita hendak tunjuk sukan juga meliputi semua perkara, tidak ada eksklusiviti, sebaliknya mempunyai ciri-ciri dan nilai tersendiri yang mampu diketengahkan dengan pembaharuan serta penciptaan nilai," katanya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran SUKMA Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 15 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Beliau berucap pada majlis pelancaran SUKMA Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini malam tadi. Turut hadir EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi.

Pada majlis tersebut, turut diperkenal helang putih sebagai maskot SUKMA Selangor yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos tahun depan.

Turut dilancar logo rasmi SUKMA Selangor 2026 berbentuk obor dengan angka romawi XXII yang meraikan Selangor kembali menjadi tuan rumah. SUKMA Selangor juga memperkenalkan tema Rentak Kita, Aksi Kita.

Pada masa sama, Amirudin turut menyeru semua pihak termasuk pasukan terlibat bekerjasama dan memberi fokus dalam temasya SUKMA Selangor.

Maskot SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 selepas majlis pelancaran SUKMA Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 Ogos 2025 . Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

"Ini bukan sahaja merupakan pencapaian secara peribadi atau negeri tetapi imej negara kerana SUKMA antara sukan terbesar dianjurkan di peringkat nasional.

"Kejayaan SUKMA ini beri impak dan kesan positif terhadap pembangunan dalam industri sukan khususnya Malaysia," katanya.

Pada 22 Julai lalu, Amirudin mengumumkan SUKMA Selangor 2026 bakal berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos, manakala Para SUKMA dari 5 hingga 14 September.

Penganjuran bakal melibatkan sembilan daerah dan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri, kecuali acara berbasikal trek yang akan diadakan di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Bagi edisi kali ini, 37 sukan wajib dan tujuh sukan tambahan dipertandingkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619