Budak tujuh tahun lemas jatuh sungai selepas dikejar lembu liar

13 Ogos 2025, 3:01 PM
Budak tujuh tahun lemas jatuh sungai selepas dikejar lembu liar

KOTA BHARU, 13 OGOS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas dipercayai dikejar sekumpulan lembu liar sebelum terjatuh ke dalam Sungai Kaabah di Kampung Kelaweh, Machang dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Osman berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 4.22 petang.

"Mangsa seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai lemas di sungai tersebut dan anggota pasukan telah membuat pencarian di sekitar kawasan yang dinyatakan.

"Mangsa dijumpai pada 5.07 minit petang, kira-kira 0.5 meter dari lokasi yang dinyatakan dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata mangsa, yang juga anak kedua daripada empat beradik, difahamkan sedang bermain lastik bersama tiga rakan sebelum dikejar sekumpulan lembu liar dan terjatuh ke dalam sungai yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumahnya.

Muhamad berkata tiga rakan kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada semak di tebing sungai manakala mangsa hanyut ke dalam sungai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619