Buli perkara serius, naib canselor Unisel seru tangani menyeluruh

13 Ogos 2025, 1:27 PM
Buli perkara serius, naib canselor Unisel seru tangani menyeluruh

SHAH ALAM, 13 OGOS: Presiden dan naib canselor Universiti Selangor (Unisel) menyifatkan kes buli sebagai perkara serius serta perlu ditangani dan dibanteras secara menyeluruh.

Prof Emeritus Datuk Dr Ir Hassan Basri berkata jenayah buli melibatkan hal undang-undang, etika, dan akhlak terutamanya kepada pelaku yang beragama Islam.

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof Emeritus Datuk Dr Ir Hassan Basri

“Ini adalah isu halal haram dalam akhlak, amalan harian kita. Kalau kita lihat dalam isu buli ini, ia satu kezaliman kepada individu lain dan ia satu dosa yang bukan kecil.

“Pendidikan itu sangat penting dan ini harus dilakukan (dibanteras) daripada peringkat awal, seawal pendidikan awal kanak-kanak,” katanya selepas menerima surat pelantikan sebagai presiden dan naib canselor kelapan Unisel.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan surat pelantikan Prof Emeritus Datuk Dr Ir Hassan Basri sebagai Presiden dan Naib Canselor kelapan Universiti Selangor (Unisel) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 13 Ogos 2025. FOTO SOFIA NASIR/MEDIA SELANGOR

Surat pelantikan kepada pakar kejuruteraan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hassan menasihatkan mahasiswa Unisel sentiasa berpegang kepada agama dan nilai murni dalam kehidupan serta tidak melanggar batas perundangan negara.

“Sentiasalah berpegang kepada nilai-nilai agama bagi pelajar Islam. Membuli hukumnya haram dan dosa. Bagi yang bukan Islam, ia tidak beretika dan melanggar undang-undang. Semua kes buli akan disiasat pihak polis,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619