Pukul pelajar hingga pengsan: Lima dibuang sekolah, tiga digantung

27 Nov 2025, 11:38 AM
Pukul pelajar hingga pengsan: Lima dibuang sekolah, tiga digantung

SHAH ALAM, 27 NOV: Lima pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Petani dibuang, manakala tiga lagi digantung selepas terbabit pergaduhan sehingga menyebabkan seorang dibelasah hingga pengsan, Isnin lalu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata pihaknya mengambil serius kejadian pergaduhan itu yang membabitkan sekumpulan pelajar di sekolah berkenaan.

Katanya, pihak sekolah sudah selesai menjalankan siasatan dalaman yang dilakukan secara menyeluruh dan hukuman tegas gantung serta buang sekolah sudah diambil ke atas murid yang bersalah semalam.

"JPN Kedah menegaskan tiada kompromi terhadap isu buli, keganasan dan salah laku pelajar," katanya menerusi kenyataan.

JPN Kedah turut menasihatkan semua institusi pendidikan di negeri ini mematuhi prosedur pengurusan disiplin semasa, mengutamakan keselamatan murid dan melaksanakan intervensi pencegahan bagi memastikan kesejahteraan seluruh warga pendidikan terpelihara.

Terdahulu, polis mengesahkan empat pelajar ditahan membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki dipukul hingga pengsan sebelum ditemui dalam tandas asrama sekolah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata seorang daripada empat pelajar itu direman, manakala tiga lagi dibebaskan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619