PM Anwar tinjau projek padi organik Desa Gemalai

9 Ogos 2025, 5:45 AM
PM Anwar tinjau projek padi organik Desa Gemalai

KOTA BHARU, 9 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau projek penanaman padi di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Desa Gemalai Baruh Padi Alami, Mulong.

Beliau tiba pada 11.15 pagi diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengerusi KADA Khalid Abdul Samad sebelum mendengar taklimat mengenai pelaksanaan projek berkenaan.

Perdana Menteri kemudiannya menandatangani plak pelaksanaan projek sebelum berjalan kaki ke kawasan sawah untuk meninjau sendiri kaedah penanaman, termasuk penggunaan sistem solar bagi pengairan dan saliran, serta penerapan teknologi moden dalam mengusahakan 8.49 hektar padi organik yang kini memasuki musim penanaman kelima.

Walaupun cuaca panas, Perdana Menteri meluangkan kira-kira 30 minit meninjau lokasi sebelum beredar 11.45 pagi untuk menghadiri program seterusnya.

Desa Gemalai, yang diusahakan oleh Mohd Yusri Mohamad Nor sejak 2023, mengamalkan pertanian mesra alam tanpa baja dan racun kimia.

Projek itu mencapai purata hasil sekitar lima metrik tan sehektar dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui KADA.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619