Anwar bertemu delegasi Mitsubishi UFJ Financial Group, pacu pelaburan berkualiti tinggi

8 Ogos 2025, 2:48 PM
Anwar bertemu delegasi Mitsubishi UFJ Financial Group, pacu pelaburan berkualiti tinggi
Anwar bertemu delegasi Mitsubishi UFJ Financial Group, pacu pelaburan berkualiti tinggi

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) yang diketuai pengerusinya Kanetsugu Mike di Putrajaya.

Semasa pertemuan tersebut, Anwar menekankan keutamaan Kerajaan MADANI untuk memacu pelaburan berkualiti tinggi, terutamanya dalam teknologi bernilai tambah, kecerdasan buatan (AI), dan tenaga hijau.

“Dengan dasar ekonomi terbuka dan hubungan erat Malaysia-Jepun yang telah lama terjalin, kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem pelaburan yang kondusif,” kata beliau menerusi hantaran di platform X hari ini.

MUFG merupakan firma kewangan global terkemuka yang telah bertapak di Malaysia sejak 1957, memainkan peranan penting dalam menggalakkan kemasukan pelaburan syarikat Jepun, khususnya dalam sektor pembuatan dan perindustrian.

“Saya menghargai komitmen MUFG yang baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi mempercepat pelaburan dalam sektor strategik yang telah dikenal pasti,” kata Anwar.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619