Suri rumah didakwa bunuh anak angkat perempuan tujuh bulan

7 Ogos 2025, 9:13 AM
Suri rumah didakwa bunuh anak angkat perempuan tujuh bulan

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak angkat perempuannya berusia tujuh bulan, Julai lepas.

Siti Subrina Imran, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim namun tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wanita itu didakwa membunuh bayi perempuan berkenaan di sebuah unit kondominium di Jalan Sri Permaisuri, Cheras, di sini pada 7 pagi, 30 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Menurut laporan media pada 31 Julai lepas, pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan berkata pihaknya menerima laporan seorang bayi perempuan maut selepas ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri serta penuh lebam di badan di kondominium tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619