MBPJ: Rundingan akhir Selangor Intelligent Parking masih berjalan

6 Ogos 2025, 6:10 AM
MBPJ: Rundingan akhir Selangor Intelligent Parking masih berjalan

PETALING JAYA, 6 OGOS: Rundingan peringkat akhir berhubung pelaksanaan sistem Parkir Pintar Selangor atau Selangor Intelligent Parking (SIP) di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) masih berjalan.

Datuk Bandar Mohamad Zahri Samingon berkata MBPJ bersetuju dengan usul Kerajaan Negeri, namun beberapa perkara termasuk hasil, keuntungan dan penugasan anggota penguat kuasa masih dalam perbincangan akhir sebelum dimuktamadkan dalam terma perjanjian.

“Kita bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang mengusulkan supaya empat pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat SIP, cuma kita perlu perhalusi lagi (beberapa perkara) untuk dimasukkan dalam perjanjian dan dimuktamadkan.

“Masih ada beberapa perkara lagi tentang keuntungan, anggota penguat kuasa yang dipinjam, semua itu masih dalam perbincangan akhir.

“Kita juga ada buat libat urus dengan pihak negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan EXCO Kerajaan Tempatan (Dato’ Ng Suee Lim),” katanya pada sidang media peluncuran Placemaker Week Asean (PWA) 2025 hari ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (tiga, kiri) memegang poster sebagai gimik Pelancaran Placemaker Week Asean 2025 (PWA 2025) di Ibu Pejabat MBPJ pada 6 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Bermula 1 Ogos lalu, SIP dilaksana secara berfasa melibatkan tiga PBT iaitu Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) manakala rundingan masih berjalan dengan MBPJ.

Menurut Suee Lim, SIP akan dikendalikan bersama oleh Rantaian Mesra Sdn Bhd, sebuah anak syarikat MBI Selangor bersama sebuah syarikat konsesi dan PBT.

Jelas Suee Lim, SIP bukan hanya akan menambah baik sistem parkir PBT tetapi sekali gus antara tunjang utama konsep bandar pintar di Selangor dan selaras dengan inisiatif Smart Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619