Festival Batu Laut sasar 100,000 pengunjung Sept ini, tampil kelainan

2 Ogos 2025, 12:00 PM
Festival Batu Laut sasar 100,000 pengunjung Sept ini, tampil kelainan

SERDANG, 2 OGOS: Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung pada Festival Selangor@Batu Laut di Kuala Langat, September depan.

EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata penganjuran festival kali kedua itu bakal menampilkan pelbagai kelainan bagi menarik kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

"Festival bakal menampilkan gabungan persembahan kepelbagaian kaum, sukan rakyat, selain pasar dan jualan pelbagai barangan pada harga berpatutan.

“Kita buat persiapan dengan prasarana yang ada. Saya dimaklumkan jalan juga akan ditutup untuk persembahan gemilang," katanya.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berucap dalam Majlis Pemulangan Prinsipal Kepada Pembeli Projek Rumah Selangorku Residensi Jaya di Mines Beach Resort Hotel & Wellness, Seri Kembangan, Subang Jaya pada 2 Ogos 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penyerahan pemulangan bayaran prinsipal kepada pembeli Rumah Selangorku Residensi Jaya di sebuah hotel di Seri Kembangan di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Mohd Hafiz Hassan dan wakil rakyat Seri Kembangan, Wong Siew Ki.

Borhan menambah penganjuran festival tahun lalu menerima kehadiran mencecah 68,000 pengunjung dengan jualan ekonomi berjumlah RM1.8 juta.

Tambanhnya lagi, program selama tiga hari dua malam bermula 5 September itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Tahun lalu, Kerajaan Negeri memperkenalkan Festival Selangor@Batu Laut yang menonjolkan keunikan dan budaya etnik tempatan selain turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik bersama pengunjung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619