Mahkamah: Penganggur didakwa rogol kakak ipar

1 Ogos 2025, 6:35 AM
Mahkamah: Penganggur didakwa rogol kakak ipar

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol bekas kakak iparnya, dua tahun lepas.

Lelaki berusia 31 tahun itu didakwa merogol wanita berumur 31 tahun di sebuah unit apartmen, Bandar Bukit Jalil di Cheras pada 3.30 pagi, 22 Jan 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zul Hilmi Latif tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

"Namun, jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk memberikan jaminan, pihak pendakwaan menawarkan jaminan tinggi, iaitu RM30,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan kepada mahkamah tiada penjamin hadir pada prosiding hari ini.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin kemudian menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan kes.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619