AGENDA

Suami isteri dera kanak-kanak perempuan didakwa esok

26 Jul 2022, 3:28 PM
Suami isteri dera kanak-kanak perempuan didakwa esok

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kes dera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Jumaat lepas, akan didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, dekat sini, esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata kertas siasatan berhubung kes itu dirujuk Timbalan Pendakwa Raya Selangor hari ini dan telah mendapat arahan untuk mendakwa kedua-dua individu berusia 28 dan 30 tahun.

Menurutnya, kedua-dua individu itu akan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana secara bersama-sama melakukan penganiayaan ke atas seorang kanak-kanak sehingga mendatangkan kecederaan.

Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Suami wanita itu yang juga warga Singapura juga akan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana telah tinggal lebih masa di Malaysia dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, media melaporkan sepasang suami isteri ditahan reman selama tujuh hari selepas disyaki mendera mangsa di sebuah rumah di Beranang, Selangor.

Kanak-kanak itu yang adalah anak seorang wanita Indonesia diserahkan kepada pasangan tersebut pada April, dikatakan dipukul menggunakan penyangkut pakaian, kayu penyapu dan dicucuh dengan pemetik api.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619