ad
BERITA UTAMA

Selangor operasi Stesen Pam Semenyih tangani pencemaran air

29 Jul 2025, 11:59 AM
Selangor operasi Stesen Pam Semenyih tangani pencemaran air
Selangor operasi Stesen Pam Semenyih tangani pencemaran air
Selangor operasi Stesen Pam Semenyih tangani pencemaran air

SEPANG, 29 JULAI: Projek pembinaan Stesen Pam Air Semenyih pakej D di Jenderam Hilir melalui inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Selangor mula beroperasi bagi menangani pencemaran sumber air mentah di negeri ini.

EXCO infrastruktur berkata permulaan operasi pakej D menjadi pelengkap pelaksanaan keseluruhan empat projek dibina Kerajaan Negeri dengan kos keseluruhan RM320 juta sejak 2022.

Dato’ Ir Izham Hashim menjelaskan pam air tersebut mempunyai keupayaan mengesan pencemaran pada jarak satu kilometer termasuk mengalirkan air tercemar ke sauk stesen pam dalam tempoh kurang satu jam.

[caption id="attachment_712979" align="aligncenter" width="700"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian, Dato' Ir Izham Hashim menandatangani plak perasmian selepas merasmikan stesen pam ketika Majlis Penyerahan Projek Skim Air Mentah SJAM Pakej D di Stesen Pam Semenyih, Hulu Langat pada 29 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Bila berlaku pencemaran kita alihkan air dengan menggunakan sistem pemantaun sungai (RMS) hingga ke laut.

“Ia juga merupakan projek pengepaman terus dari kolam takungan di Sungai Selangor dan Sungai Langat, bagi jamin tiada gangguan operasi di tiga lagi loji rawatan air di bawah SJAM,” katanya.

Ditemui pemberita selepas menyempurnakan serahan projek pam, Izham memberitahu Kerajaan Negeri akan terus mempergiat usaha menangani pencemaran air melalui pemantauan, undang-undang, pelan pra-rawatan dan penguatkuasaan.

“Saya teruja dengan kejayaan pembinaan SJAM, Selangor menjadi negeri pertama melaksanakan projek sebegini.

“Hasilnya, melalui pakej D, tiga pencemaran dapat diatasi iaitu pada 5 Julai, 15 Julai dan 28 Julai pada bulan ini,” ujarnya.

[caption id="attachment_712978" align="aligncenter" width="711"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian, Dato' Ir Izham Hashim berucap ketika Majlis Penyerahan Projek Skim Air Mentah SJAM Pakej D di Stesen Pam Semenyih, Hulu Langat pada 29 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Diperkenalkan dalam Belanjawan Selangor 2021, SJAM bertujuan menangani insiden pencemaran sungai dan kekurangan air mentah yang turut melibatkan inisiatif rondaan serta pemantauan proaktif 24 jam yang digerakkan Pasukan Tindakan Segera Lembaga Urus Air Selangor.

Di bawah SJAM, Pakej A membabitkan pembinaan stesen pam HORAS 600, stesen pam di Rantau Panjang (Pakej B), kerja lencongan Sungai Selangor (Pakej C), dan Pakej D merupakan stesen pam kolam di Semenyih.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.