AGENDA

PBB gesa dunia tekan Israel tamatkan konflik, sedia bantu Palestin bina negara

28 Jul 2025, 12:08 AM
PBB gesa dunia tekan Israel tamatkan konflik, sedia bantu Palestin bina negara

MOSCOW, 28 JUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk menyokong rakyat Palestin dalam usaha pembinaan negara mereka, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk, pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami bersedia untuk membantu rakyat Palestin dalam pembinaan negara, dengan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang sebagai teras. Apabila tiba masanya, program untuk menyokong mangsa dan yang terselamat akan menjadi saluran penting ke arah kebertanggungjawaban dan pemulihan,” kata Turk dalam satu kenyataan.

Beliau turut menggesa kerajaan dunia agar menekan Israel untuk menamatkan konflik di Gaza dan menghalang tindakan pengilhakan Tebing Barat yang diduduki.

Pada Khamis lepas, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata Perancis akan secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dalam mesyuarat Perhimpunan Agung PBB pada September ini.

Setakat tahun ini, Negara Palestin diiktiraf oleh 147 negara. Pada 2024, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto terhadap keahlian penuh Palestin dalam PBB. Sejak 2024, Palestin diiktiraf oleh 10 negara termasuk Ireland, Norway, Sepanyol dan Armenia.

- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619