SHAH ALAM, 25 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan secara percuma peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Ahad ini
Bermula 9 pagi hingga 3 petang, penyelaras DUN S Thiban memaklumkan Selangor Saring berlangsung di Sungai Buloh (Sasaran) MPKS Hall.
“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Bukit Melawati," tulisnya di Facebook.
Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi SELangkah melalui empat langkah berikut:
1. memuat turun SELangkah
2. tekan butang Selangor Saring
3. isi borang soal selidik
4. pilih lokasi dan tarikh program
Sebarang masalah boleh hubungi hotline Selcare 1-800-22-6600.
Sebelum ini, Jamaliah memaklumkan 2,190 individu menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menerusi program itu dari Februari hingga 15 Jun tahun ini.
Katanya setakat ini, program berkenaan selesai dianjurkan di 15 DUN dan akan diteruskan secara berperingkat ke kawasan lain sepanjang tahun ini.
Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.