SPRM tahan dua anggota polis bantu siasatan kes rasuah RM635,000

31 Jul 2025, 1:48 PM
SPRM tahan dua anggota polis bantu siasatan kes rasuah RM635,000
SPRM tahan dua anggota polis bantu siasatan kes rasuah RM635,000
SPRM tahan dua anggota polis bantu siasatan kes rasuah RM635,000
SPRM tahan dua anggota polis bantu siasatan kes rasuah RM635,000

JOHOR BAHRU, 31 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman dua lagi anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM635,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan aktiviti perjudian.

Perintah reman selama enam hari sehingga 5 Ogos ini terhadap dua suspek itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Chai Ing Hien selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi tadi.

Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

“Tangkapan itu susulan penangkapan dua anggota polis semalam, melibatkan rasuah bernilai kira-kira RM635,000 dan sehingga kini SPRM telah menahan empat suspek berkaitan kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor Hairul Ilham Hamzah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619