ADN

Tiga bekas pemain Team Selangor Kinrara lanjut pengajian, terima penghargaan ADN

19 Jul 2025, 11:50 AM
Tiga bekas pemain Team Selangor Kinrara lanjut pengajian, terima penghargaan ADN

OLEH NUR AZYYATI OMAR

SHAH ALAM, 19 JULAI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara menyampaikan penghargaan kepada tiga bekas pemain Team Selangor Kinrara atas kejayaan mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Ng Sze Han juga mendoakan ketiga-tiga remaja berkenaan yang dikenali sebagai Ashraf Iskandar dan Muhammad Syawal Syahmi dan Alvey Danish agar terus berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

"Acap, Syawal dan Alvey ni dah lama bermain untuk Team Bola Sepak 'Team Selangor Kinrara'. Tak lama lagi, mereka bertiga akan menyambung pengajian ke menara gading.

"Untuk menyambut kejayaan mereka dalam menyambung pengajian, sedikit sumbangan daripada pihak saya, semoga mereka berjaya dalam bidang sukan serta akademik.

"Kejayaan mereka adalah motivasi kepada mereka yang masih menuntut di bangku sekolah,"katanya kepada Media Selangor.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka hadir di Padang BK2, Bandar Kinrara pagi tadi bagi memberikan sokongan kepada bekas rakan sepasukan yang sedang menjalani sesi latihan mingguan.

Difahamkan, Ashraf Iskandar dan Muhammad Syawal Syahmi masing-masing akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Perakaunan di Politeknik Ungku Omar.

Sementara, Alvey Danish akan mengikuti kursus Pemulihan Sukan di institusi TVET. Ketiga-tiga mereka pernah menjadi tonggak pasukan bawah 17 tahun sebelum menamatkan penyertaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619