ADN

Naik taraf Jalan Puchong Jaya siap bulan depan, jimat masa 10 minit

30 Jul 2024, 1:44 PM
Naik taraf Jalan Puchong Jaya siap bulan depan, jimat masa 10 minit

Oleh YASMIN RAMLAN

SHAH ALAM, 30 JULAI: Jalan Puchong Jaya yang kini dinaik taraf membabitkan kos lebih RM747,000 dijangka siap Ogos ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han berkata, ketika ini kerja yang dilakukan sejak Februari lalu sudah 48 peratus siap.

"Proses naik taraf termasuk melebarkan jalan ini melibatkan jarak 700 meter.

"Ia bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Bandar Puchong terutama pada waktu pagi.

"Jalan lain yang turut sesak pada waktu puncak ialah Jalan Pipit, kawasan Bukit Tandang, laluan ke Jalan Bandar Puchong Jaya serta laluan ke LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong)," katanya ditemui ketika melawat lokasi berkenaan hari ini.

Sze Han yang juga EXCO Pelaburan berkata apabila kerja naik taraf itu siap kelak, kesesakan di laluan berkenaan dapat dikurangkan berikutan pelebaran jalan dari satu ke dua lorong seterusnya menjimatkan masa kira-kira 10 minit pada waktu puncak untuk ke LDP.

Sementara itu Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Amirul Azizan Abd Rahim yang turut hadir dalam lawatan itu berharap projek terbabit dapat disiapkan mengikut jadual.

“Saya berharap projek ini dapat disiapkan seperti dirancang. Jadual asal ia patut siap bulan ini tetapi terpaksa dilanjutkan sebulan lagi,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619