AGENDA

Orang ramai dijemput sertai majlis Malaysia Bermunajat doa kesejahteraan negara

18 Jul 2025, 6:03 AM
Orang ramai dijemput sertai majlis Malaysia Bermunajat doa kesejahteraan negara

KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mempelawa orang ramai menghadiri majlis Malaysia Bermunajat yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada esok.

Mohd Na’im berkata majlis penuh keberkatan yang akan bermula 6 petang hingga 9 malam itu turut dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Malaysia Bermunajat ialah wadah untuk kita kembali memperkukuh hubungan dengan Allah SWT, memohon keampunan, serta mendoakan keamanan, perpaduan dan keberkatan buat negara Malaysia tercinta.

“Ia juga menjadi simbol kesatuan ummah dalam menjunjung agenda Malaysia Madani yang berteraskan nilai ihsan dan kesejahteraan insani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara pengisian utama program itu, termasuk solat maghrib berjemaah, Bayan (nasihat agama) oleh Maulana Tariq Jamil, solat isyak dan solat hajat berjemaah serta ucapan khas Perdana Menteri.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah itu, membina kekuatan spiritual dan memperteguh kesatuan ummah melalui doa dan ibadah,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619