BERITA UTAMA

Periksa tahap kesihatan anda di Selangor Saring Taman Medan esok

18 Jul 2025, 5:00 AM
Periksa tahap kesihatan anda di Selangor Saring Taman Medan esok
Periksa tahap kesihatan anda di Selangor Saring Taman Medan esok

SHAH ALAM, 18 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan secara percuma peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, esok.

Bermula 9 pagi hingga 3 petang, EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata Selangor Saring berlangsung di Dewan Serbaguna PJS 2C/6, Petaling Jaya.

"Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Taman Medan.

"Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain," katanya di Facebook.

Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi SELangkah melalui empat langkah berikut:

1. memuat turun SELangkah

2. tekan butang Selangor Saring

3. isi borang soal selidik

4. pilih lokasi dan tarikh program

Sebarang masalah boleh hubungi hotline Selcare 1-800-22-6600.

Sebelum ini, Jamaliah memaklumkan 2,190 individu menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menerusi program itu dari Februari hingga 15 Jun tahun ini.

Katanya setakat ini, program berkenaan selesai dianjurkan di 15 DUN dan akan diteruskan secara berperingkat ke kawasan lain sepanjang tahun ini.

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619