BERITA UTAMA

Bilangan unit Skim Smart Sewa ditambah, tawar peluang miliki rumah

10 Jul 2025, 11:00 AM
Bilangan unit Skim Smart Sewa ditambah, tawar peluang miliki rumah

SHAH ALAM, 10 JULAI: Sebanyak 3,000 unit Skim Smart Sewa disasar menjelang tahun depan, bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah dengan tempoh sewaan maksimum lima tahun.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berkata sebanyak 2,221 unit rumah disewakan setakat ini dan pentadbiran negeri akan menambah baik sistem sedia ada untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerima manfaat.

"Buat masa ini sebanyak 2,221 unit disewakan yang mana paling banyak di daerah Klang sebanyak 407 unit. Menjelang tahun depan 3,000 unit akan disewakan.

"Skim Smart Sewa merupakan projek Rumah Selangorku (RSKU) yang bukan dibina oleh Kerajaan Negeri tetapi dibeli unit-unit RSKU tersebut daripada pemaju.

"Ini merupakan kaedah yang dikenakan kepada pemaju yang telah memohon pertukaran syarat penyediaan rumah mampu milik kepada Kerajaan Negeri," katanya sesi penggulungan usul berkaitan Skim Smart Sewa pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri dengan tempoh sewaan maksimum lima tahun.

Sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar akan dipulangkan semula apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan.

Menjelang 2025, Kerajaan Selangor menyasar pembinaan 60,000 unit kediaman menerusi Dasar Perumahan Rumah Selangorku 3.0.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619