BERITA UTAMA

Selangor peruntuk hingga RM16 juta perkasa TVET, lahir tenaga kerja mahir

9 Jul 2025, 4:03 AM
Selangor peruntuk hingga RM16 juta perkasa TVET, lahir tenaga kerja mahir
Selangor peruntuk hingga RM16 juta perkasa TVET, lahir tenaga kerja mahir

SHAH ALAM, 9 JULAI: Selangor memperuntuk RM12 hingga RM16 juta setiap tahun bagi memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selaras usaha berterusan melahirkan tenaga kerja mahir berdaya saing, maklum EXCO sumber manusia.

V Papparaidu berkata peruntukan itu meliputi penajaan pelatih di institusi TVET seperti Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) dalam program Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Kemahiran Profesional dan kursus kemahiran jangka pendek.

“Selain penajaan, dana itu turut digunakan bagi pembangunan modul TVET serta pelaksanaan program jaringan kerjasama dengan institusi dan industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.

[caption id="attachment_695664" align="alignleft" width="500"] EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu bercakap kepada media ketika majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri kepada pemohon yang berjaya di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel Bagi Tahun 2024 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ia bertujuan memperkukuh sistem TVET dan memastikan institusi seperti STDC sentiasa berada pada tahap optimum selari perkembangan teknologi semasa agar pelatih bersedia menghadapi suasana kerja sebenar dalam industri,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Jelasnya, kira-kira 1,200 hingga 1,500 pelatih pelbagai bidang daripada STDC dilahirkan setiap tahun.

“Kerajaan Negeri sentiasa memberi peluang adil kepada setiap warganya yang layak termasuk kaum India untuk menerima tajaan latihan di institusi ini.

“Sekitar 30 hingga 40 peratus daripada jumlah pemohon di STDC setiap tahun terdiri kaum India yang menunjukkan trend peningkatan saban tahun didorong galakan ahli keluarga dan rakan-rakan yang berjaya menyertai dan menamatkan latihan di STDC,” katanya.

STDC menawarkan peluang pengajian dalam TVET antaranya kursus elektrik, sistem komputer, jahitan, automotif, kulinari, pastri dan motosikal.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619