BERITA UTAMA

EXCO: Selangor sambut baik jawatankuasa kaji kos kesihatan swasta

27 Jun 2025, 9:00 PM
EXCO: Selangor sambut baik jawatankuasa kaji kos kesihatan swasta
EXCO: Selangor sambut baik jawatankuasa kaji kos kesihatan swasta

SHAH ALAM, 27 JUN: Kerajaan Negeri menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) seperti diumumkan menteri kesihatan baru-baru ini.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata Selangor telah melaksanakan beberapa inisiatif proaktif bagi memastikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, menerima perkhidmatan kesihatan asas berkualiti.

Beliau berkata antara tiga inisiatif utama kesihatan untuk rakyat Selangor adalah program Selangor Saring, Bantuan Sihat Selangor (BSS), dan Iltizam Selangor Sihat (ISS) yang menawarkan pembiayaan kesihatan sehingga RM500 setahun.

“Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri terus komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengesanan awal penyakit dan menyediakan akses kepada saringan kesihatan berkualiti.

[caption id="attachment_706609" align="aligncenter" width="1029"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin bersama Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon ketika majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 21 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Langkah ini diharap dapat mengurangkan kadar pengesanan lewat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup pesakit serta peluang untuk sembuh,” katanya menerusi kenyataan kepada Media Selangor.

Jamaliah menambah, kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dan negeri mampu menyedia penyelesaian menyeluruh dan mampan terhadap cabaran kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga komited untuk terus memperkukuh usaha ini demi memastikan tiada rakyat tercicir daripada mendapat perkhidmatan kesihatan berkualiti dan adil.

Rabu lalu, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan mengumumkan penubuhan JBMKKS bagi menangani isu peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta dan inflasi perubatan yang semakin membebankan rakyat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor berkata jawatankuasa tersebut akan menyelaras pelbagai inisiatif strategik yang lebih inklusif dan mampan dalan menangani kenaikan kos kesihatan di hospital dan klinik swasta seluruh negara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619