BERITA UTAMA

Taman Aero pacu pembangunan selatan Selangor jadi zon ekonomi baharu

22 Jun 2025, 9:28 PM
Taman Aero pacu pembangunan selatan Selangor jadi zon ekonomi baharu
Taman Aero pacu pembangunan selatan Selangor jadi zon ekonomi baharu

SHAH ALAM, 22 JUN: Pembangunan Taman Aero Selangor (SAP) akan memacu Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) sebagai zon ekonomi baharu.

EXCO pelaburan berkata projek SAP bakal menjana pendapatan negeri dan sosioekonomi setempat melalui kutipan cukai serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Taman Aero berpontensi menarik pelaburan impak tinggi menjadi daya tarikan para pelabur aeroangkasa, logistik dan teknologi tinggi.

“Lokasi strategik SAP yang mempunyai akses terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengukuhkan infrastruktur dan mobiliti wilayah selatan,” kata Ng Sze Han ketika dihubungi.

Beliau menambah SAP berupaya meningkatkan profil IDDRIS sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing dengan keunikan lokasi dan kemudahan fasiliti bertaraf dunia.

“Di samping itu, cadangan pembangunan Jajaran Rel Selangor mewujudkan satu sistem pengangkutan multimodal sejajar dengan keperluan industri aeroangkasa, logistik dan teknologi tinggi yang menjadi teras kepada pembangunan SAP.

“Taman Aero juga akan merancak pertumbuhan ekosistem Taman Perindustrian Terurus Selangor (MIP) menawarkan persekitaran perniagaan mesra pelabur lengkap dengan kemudahan moden untuk memenuhi keperluan industri di masa hadapan,” ujarnya lagi.

[caption id="attachment_705846" align="alignnone" width="834"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) bercakap kepada media pada Majlis Pelancaran Selangor Aero Park @KLIA Aeropolis di Selangor Aero Park, Sepang pada 5 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Projek SAP yang dilancar pada 5 Jun lepas merupakan aspirasi Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 untuk menjana pendapatan tahunan sebanyak RM55.2 bilion dalam sektor aeroangkasa.

Meliputi kawasan seluas kira-kira 600 ekar dalam KLIA Aeropolis, taman tersebut mempunyai potensi nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.3 bilion dengan menjana lebih 20,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Taman itu bakal menarik pelaburan berdampak tinggi dalam rantaian aeroangkasa, termasuk kejuruteraan, pembuatan dan perkhidmatan logistik bersepadu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619