AGENDA

Trump desak perang Israel-Iran dihenti selepas berbual dengan Putin

15 Jun 2025, 11:18 AM
Trump desak perang Israel-Iran dihenti selepas berbual dengan Putin

WASHINGTON, 15 JUN: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu berkata beliau berbual dengan Presiden Rusia Vladimir Putin selama hampir sejam, dengan sebahagian besar perbualan tertumpu kepada ketegangan antara Israel dan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Presiden Putin menelefon pagi ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada saya, namun yang lebih penting, beliau ingin berbincang mengenai Iran, sebuah negara yang sangat beliau kenali,” tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

Trump berkata kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa konflik antara Israel dan Iran perlu ditamatkan.

“Saya turut menjelaskan bahawa perangnya juga perlu dihentikan,” kata Trump, merujuk kepada konflik Rusia-Ukraine yang masih berlanjutan.

Walaupun perbualan itu lebih banyak tertumpu kepada isu Timur Tengah, Trump memaklumkan bahawa beliau dan Putin akan menyambung perbincangan mengenai perang di Ukraine pada minggu hadapan.

“Beliau kini sedang melaksanakan pertukaran tahanan seperti yang dirancang – sejumlah besar tahanan dari kedua-dua pihak,” kata Trump.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619