AGENDA

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama takat 9 pagi ini

8 Jun 2025, 10:01 AM
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama takat 9 pagi ini

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara lancar setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan pergerakan trafik lancar di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta di semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

“Keadaan ini berikutan orang ramai masih belum pulang ke kediaman masing-masing selepas bercuti dan menyambut Aidiladha,” katanya di sini, hari ini.

Sebanyak 30 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya Plus hari ini, bagi memastikan trafik kekal lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini trafik menerusi talian PLUSLine 1-800-88-0000 atau hotline LLM 03- 8738 3098/03-8738 3097, serta melalui laman X @plustrafik dan @llmtrafik.

Sementara itu, di Kelantan, situasi sama turut direkodkan di jalan Gua Musang-Kuala Lipis serta sempadan Kelantan-Terengganu, meskipun terdapat sedikit pertambahan jumlah kenderaan pagi ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619